KUALA LUMPUR – Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMCG) hari ini menyerahkan bantuan sebanyak RM400,000 kepada Pertubuhan Mercy Malaysia (MERCY) dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bagi tujuan menggerakkan program sukarelawan membantu mangsa banjir.

Penyerahan disempurnakan Pengasas TSMCG, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MERCY dan YSS masing-masing menerima RM200,000 bagi melicinkan aktiviti sukarelawan di negeri terlibat banjir seperti Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Johor, dan Sabah.

Dalam majlis itu, Muhyiddin turut menyaksikan penyerahan sumbangan oleh kumpulan DRB- Hicom Berhad berjumlah RM200,000 kepada MERCY yang disampaikan Ketua Pegawai Kewangannya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Dipihak YSS, sumbangan diterima Pengerusinya Datuk Zuraidah Atan, manakala MERCY diwakili Pengarah Wilayahnya, Norazam Abdul Samah.

Dalam pada itu, MERCY berpandangan, mangsa-mangsa memerlukan bantuan segera pasca banjir.

Ini termasuk kembali ke tempat tinggal atau kediaman dengan persekitaran yang bersih.

Menurut Norazam situasi banjir di beberapa negeri kini telah memasuki fasa kedua iaitu proses pemulihan di mana semua mangsa sangat memerlukan tempat tinggal dan kawasan yang bersih dan bebas gejala penyakit.

“Kalau ditanya kepada mangsa-mangsa, apa yang mereka perlukan?” Mereka akan jawab tempat tinggal yang lebih selesa.

“Kini impak daripada bencana banjir itu sendiri bukan sekadar menenggelamkan bangunan malah telah menghanyutkan rumah dan mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan total kepada segala harta benda masyarakat.” katanya dalam sidang media di ibu negara.

Justeru, perkara itu menjadi fokus utama MERCY dalam membantu masyarakat di negeri-negeri berkenaan untuk meneruskan hidup masing-masing.

MERCY juga terlibat dalam memastikan faktor kebersihan mangsa turut diutamakan sama ada di khemah-khemah pemindahan mahupun di penempatan sementara.

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) juga memperoleh rumusan yang sama.

Fasa kedua di Kelantan dimana kerjasama dengan pihak agensi di bawah kementerian juga IPT kini membawa jet air untuk proses pembersihan sekolah-sekolah dan juga adakan sesi kaunseling kepada mangsa.

“Jadi ini antara keperluan yang telah dikenalpasti oleh sektor pengajian tinggi.” kata Pengerusi YSS, Datuk Zuraidah Atan.

Tambah Zuraidah, keadaan sedikit berbeza di Pahang dan Perak Tengah di mana fasa pertama iaitu pembersihan masih berjalan ekoran paras air yang semakin surut.

38,000 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar universiti awam dan swasta telah digerakkan bagi kedua-dua fasa berkenaan.

Sehingga hari ini, YSS telah menerima hampir RM2 juta hasil sumbangan universiti, pertubuhan, persatuan dan individu persendirian.

Report by Oleh Azizul Osman. Read more: Berita ABN Online

Recent Posts

Categories

Recent Posts

Excepteur sint occaecat nulla cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit est laborum.