KUALA LUMPUR 21 Jan. – Syarat untuk sebarang aktiviti penerokaan hutan akan diperketatkan dalam usaha kerajaan memastikan kejadian bencana banjir terburuk seperti yang melanda Kelantan tidak berulang pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kabinet sudah memutuskan perkara itu dan berharap setiap kerajaan negeri melaksanakannya, kerana banjir di Kelantan jelas memperlihatkan ada kaitan dengan penerokaan hutan.

Katanya, lesen untuk pembalakan boleh dikeluarkan tetapi pihak berkuasa perlu melihat kepada bagaimana dan di mana lokasi pembalakan serta kesediaan setiap syarikat terbabit untuk menanam semula pokok yang telah ditebang.

Perkara ini perlu kita laksanakan dengan tegas. Banjir di Kelantan bukan bencana biasa kerana arus deras itu membawa bersama sisa balak berserta lumpur yang tebal. Lumpur ini bukan dari sungai.

Tebal lumpur juga luar biasa, bukan setakat melekat pada lantai tetapi hingga ke dinding. Ini ada kaitan dengan penerokaan hutan,- katanya berucap pada majlis penyerahan sumbangan banjir oleh Yayasan Hong Leong di sini hari ini.

Yayasan itu yang diwakili Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Manufacturing Group, Datuk Kwek Leng San yang menyumbang sejumlah RM250,000 kepada Yayasan Kebajikan Golf Tan Sri Muhyiddin (TSM) untuk disalur kepada mangsa-mangsa banjir.

Selain yayasan tersebut, turut menderma ialah Genting Malaysia Berhad dengan jumlah RM1 juta; Mammoth Empire Holdings Sdn. Bhd. (RM400,000); Perdana Park City Sdn. Bhd. (RM250,000) dan Kuala Lumpur Kepong Berhad (RM200,000).

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, Kabinet juga sudah mengarahkan beberapa universiti tempatan untuk mengkaji punca sebenar banjir terburuk di Kelantan dan seterusnya memberi cadangan kepada kerajaan.

Ujarnya, langkah itu penting kerana semua pihak perlu mengambil iktibar daripada bencana tersebut dengan tidak mengulangi sebarang kesilapan dalam soal pengurusan alam sekitar sehingga akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.

“Kita akan menyiasat betul-betul apakah punca sebenar yang mengundang bencana itu bagi membolehkan tindakan susulan baik yang bersifat jangka pendek, sederhana mahu pun panjang diambil pihak kerajaan.” jelasnya.

Report by Mohd. Asron Mustapha. Read more: Utusan Online

Recent Posts

Categories

Recent Posts

Excepteur sint occaecat nulla cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit est laborum.