Projek perumahan rumah banjir yang bertempat di Kg. Telekong, Kuala Krai, Kelantan ini merupakan satu lagi inisiatif TSM Charity Golf Foundation(TSMCGF) untuk membantu mangsa-mangsa tragedi banjir besar yang telah melanda negeri Kelantan dan menyebabkan ramai keluarga kehilangan harta benda dan tempat tinggal. Projek yang memakan masa lebih kurang setahun dengan peruntukan satu juta ini akan menyediakan sebanyak 26 biji rumah lengkap dengan dekorasi dalaman dan diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mangsa.

Majlis Penyerahan Kunci Projek Kg. Telekong ini telah diadakan pada 27 Januari 2017. Kunci-kunci ini telah diserahkan sendiri oleh Penaung TSMCGF, YB Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin kepada YBhg. Dato’ Rohaizi bin Mohd. Jusoh, Pengarah Bahagian Teknikal & Infrastruktur, Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Recent Posts

Categories

Recent Posts

Excepteur sint occaecat nulla cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit est laborum.