SHAH ALAM – Cabaran Golf Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) pada tahun ini yang masuk tahun kesembilan menyaksikan dua muka baharu muncul juara bagi kategori masing-masing.

Bagi kategori lelaki, Galven Kendall Green, 15, dari Selangor menjadi juara selepas menundukkan 54 peserta lain dengan 290 pukulan sepanjang tiga hari pertandingan yang berakhir di sini, semalam. Kejayaan Galven juga mengikut jejak langkah abangnya, Gavin yang pernah menjuarai kejohanan sama pada 2009 dan 2010.

Bagi kategori wanita pula dimenangi oleh Nur Eliana Ariffin, 17, dengan 300 pukulan setelah dicabar rapat oleh 28 peserta remaja perempuan lain. Nur Eliana Ariffin dari Melaka turut berjaya melakukan pukulan selubang (hole-in-one) pada lubang ke-12 sekali gus membawa pulang sebuah motosikal jenama Modenas.

Galven dan Nur Eliana masing-masing membawa pulang hadiah bernilai RM50,000 dan RM40,000 berupa Biasiswa Golf Amal Tan Sri Muhyiddin serta trofi.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Penaung program amal itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin turut menerima tajaan bernilai lebih RM2 juta untuk penganjuran Cabaran Golf TSM daripada Bloomberg TV Malaysia (RM80,000), Sapura Holdings (RM500,000), Kementerian Belia dan Sukan (RM500,000) serta Proton Holdings Berhad (Proton) sebanyak RM1 juta.

Dalam majlis sama, Persatuan Golf Malaysia (MGA) menerima tajaan bagi penganjuran Cabaran Golf TSM pada masa depan sebanyak RM284,000.

Yang turut hadir ialah Presiden Cabaran Golf TSM yang juga Pengerusi Bloomberg TV Malaysia, Tan Sri Mohd. Effendi Norwawi; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd. Jamil Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abd. Harith Abdullah serta Presiden MGA, Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.

Cabaran Golf TSM tampil dengan slogan Mencari Tiger Malaysia merupakan cetusan idea Timbalan Perdana Menteri sendiri dalam usaha mencungkil bakat golf sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik 2016 apabila sukan tersebut buat pertama kali dipertandingkan selepas 112 tahun.

Read more: Utusan Online

Recent Posts

Categories

Recent Posts

Excepteur sint occaecat nulla cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit est laborum.